Tentang Kami

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Apa khabar semua? Harapan saya semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan rahmatNya. Selamat datang ke laman Blog MANJUNG2U.com . Sekiranya ini adalah lawatan kali pertama anda atau ter”melawat” halaman ini … maka saya suka mencadangkan supaya anda tekan butang keyboard CONTROL + D  (windows) dan COMMAND + B (Mac) untuk bookmark halaman ini bagi memudahkan lawatan anda pada masa akan datang.

 MANJUNG2U.com adalah satu blog persendirian yang berusaha untuk berkongsi informasi mengenai berita, acara, perniagaan, pelancongan dan komentar tentang Manjung – Bandar Pelancongan & Maritim kepada khalayak umum. Bagaimanapun saya amat mengalu-alukan sokongan mana-mana pihak yang berminat membantu merealisasikan MANJUNG2U.com sebagai sumber informasi untuk komuniti.

Segala tulisan, komen dan juga pandangan yang ditulis dalam blog ini adalah dari kaca mata saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak berkuasa dan juga sebarang agensi. Justeru mungkin berlaku kekhilafan dari segi data dan juga maklumat. Anda boleh bersetuju dan juga setuju untuk tidak bersetuju dengan tulisan saya.

Sebarang komen yang dihantar akan saya tapis terlebih dahulu sebab …. saya yang bayar domain + hosting blog ni hihihihihi.