Daripada : Shaharuddin Saari
    Pengasas, Ayam Tempayan 115 (AT115)
Tarikh :  
Perkara : Nasi Arab vs Nasi Ayam Tempayan

 

 

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

 

Apa khabar semua? Semoga anda dalam keadaan ceria, sihat sejahtera dan sentiasa berselera menjamu hidangan setiap hari. ☻

 

Ayam Tempayan 115 (AT115) telah diperkenalkan pada awal tahun 2012 sebagai satu "branding" produk perniagaan makanan berkonsepkan stall dan katering. Fokus menu perniagaan kami sekarang ialah Nasi Arab dan Nasi Ayam Tempayan. Sehingga kini kami mempunyai 3 buah stall yang aktif beroperasi : Stall di Sg Wangi, Ayer Tawar, Perak (Nasi Ayam Tempayan), Stall di Nur Cafe, Hospital Selayang, Selangor (Nasi Arab), Stall di D' Gazebo Masjid Negara (Nasi Ayam Tempayan).

 

Khusus bagi anda yang tinggal di Lembah Klang dan juga Manjung serta kawasan sekitarnya...jika anda merupakan penggemar penggemar Nasi Arab (Ayam & Kambing), kini anda semua tidak perlu mencari-cari lagi kerana kami menawarkan katering sajian tersebut sama ada untuk jamuan majlis mahupun hidangan seisi keluarga. Anda Order Kami Hantar.

 

Resepi dan ramuan Nasi Arab yang kami persembahkan adalah standard citarasa Arab. Gabungan haruman rempah ratus timur tengah dan teknik masakan menggunakan tanoor sememangnya menjadikannya sesuatu yang anda mesti cuba...try...test.

 

 

 

 

Untuk tempahan sesuatu majlis sebaik-baiknya hendaklah dilakukan 2-3 hari lebih awal. Semua tempahan akan dimasukkan dalam flask dan dihantar ke lokasi anda. Buat masa ini, kami hanya menyediakan khidmat katering (food only) tidak termasuk service.

 

Nota : Stall perniagaan kami yang menjual menu Nasi Arab ada di Nur Cafe, Hospital Selayang, Selangor. Anda boleh nikmati hidangan ini setiap hari isnin- jumaat.

 

 

 

 

1. Nasi Arab Mandy (المندي) adalah hidangan tradisional berasal dari negara Yamen.

 

2. Haneeth, machbūs (مكبوس‎), kabsa dan maqlubah - semuanya secara amnya merujuk kepada Nasi Arab.

 

3. Tiga cara penyediaan daging (ayam atau kambing) Nasi Arab : Masak dalam tanoor (cara tradisional) atau grill atas batu panas (mathbi) atau masak menggunakan pressure cooker (madghut).

 

4. Orientasi citarasa masakan Arab kebanyakkannya hanya masam dan masin. Tidak ada rasa pedas dan manis seperti masakan Melayu.

 

6. Budaya orang Arab minum teh pudina selepas makan nasi dipercayai dapat menenangkan otot perut dan menambah baik penghadaman lemak.

 

 

 

 

 

 

 

Jika budget menjadi halangan anda untuk menikmati Nasi Arab, saya suka mencadangkan anda try NASI AYAM TEMPAYAN.

 

Lupakan tentang gambaran mana-mana nasi ayam dalam fikiran anda kerana Nasi Ayam Tempayan kami bukan nasi ayam biasa biasa. Adunan resepi yang saya cipta olahan daripada Nasi Arab telah menghasilkan satu menu baru - Nasi Ayam Tempayan. Citarasanya masih mengekalkan flavour gen induknya - Nasi Arab. Jadi tidak keterlaluan jika kita katakan Nasi Ayam Tempayan yang kami persembahkan adalah "breed" daripada Nasi Arab.

 

 

 

"Why pay more if you can get cheaper and better taste!"

 

 

 

Stall perniagaan kami yang menjual menu Nasi Ayam Tempayan ada di Sg. Wangi Ayer Tawar, Perak ( N04 15.653 E100 43.776 - Kordinat GPS stall ) dan juga D' Gazebo Masjid Negara. Selangor.

 

 

Sehingga kita berjumpa lagi dan jangan lupa untuk "join" group FB Ayam Tempayan 115 untuk maklumat terkini dan juga promosi produk kami. Last but not least, sudi-sudi lah singgah ke stall kami untuk menikmati kelazatan Nasi Arab & Nasi Ayam Tempayan.

 

Sekian. Terima kasih.