Nasi Arab Manjung
Apa khabar semua? Khusus kepada peminat dan penggemar Nasi Arab Mandy (ayam atau kambing), kini anda semua tidak perlu mencari-cari lagi kerana kami menawarkan sajian tersebut (take away pack) sama ada untuk hidangan keluarga mahupun majlis makan-makan. Tak perlu tunggu pergi ke Kuala Lumpur untuk makan Nasi Arab … kat Manjung pun sekarang dah ada !!!!
Kami tidak ada kedai. Kami tidak ada restoren. Konsep kami ialah Anda Order…Kami Hantar. “Tak Try … Tak Tau Rasa”. Oleh itu kami menawarkan pek promosi Nasi Arab Mandy sama ada ayam atau kambing (untuk hidangan 5 pax) seperti di bawah.

Untuk makluman semua, pek promosi ini adalah terhad. Siapa cepat dia dapat. Kepada yang berminat boleh hubungi kami untuk buat tempahan sebelum jam 12 tengahari (setiap hari kecuali sabtu dan ahad). Kami akan mula masak selepas waktu tengahari (mengikut jumlah tempahan) dan penghantaran akan dilakukan pada waktu petang (selepas asar). Khidmat penghantaran hanya untuk kawasan Ayer Tawar, Sitiawan dan Manjung sahaja.
Untuk tempahan Nasi Arab Mandy sesuatu jamuan dan juga majlis (mengikut kemampuan kami), sebaik-baiknya hendaklah dilakukan 2-3 hari lebih awal. Semua tempahan akan dipek dalam plastic disposable containers dan dihantar ke lokasi anda.

